Saya Dan Jutawan Muda, ZulFaisal…
Pada 9 Mei 2010 (Ahad) yang lalu, saya berkesempatan menghadiri sebuah program Rich Tour “One In A Million” yang dibawakan khas oleh kumpulan Sixtyninez Group. Antara lain program tersebut dibuat adalah untuk mencari Idola Jutawan baru dalam Ads4bucks.
Program yang dibuat di Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahang begitu mendapat sambutan sehingga ada peserta yang tidak dapat masuk ke dalam dewan yang disediakan. Dewan yang hanya muat seramai 100 orang penuh sesak kerana terpaksa menampung hampir 200 orang.
Begitu hebat sambutan yang diberikan oleh warga Kuantan dan sekitar Pahang yang datang dengan penuh harapan untuk berubah kepada suatu status kehidupan yang lebih baik.
Program yang bermula pada jam 2.30 petang tersebut berakhir pada jam 5.30 petang. Sepanjang program berlangsung, pelbagai taklimat dan cerita dikongsikan kepada peserta. Kesemua taklimat dan ucapan telah diberikan oleh individu-individu yang sememangnya hebat dan berjaya dalam Ads4bucks.
Pendapatan mereka dalam sebulan bukan empat angka, tetapi 5-6 angka sebulan. Memang cukup hebat! Walau bagaimanapun, untuk mencapai tahap itu bukan sesuatu yang mudah jika tidak kena pada caranya.
“Setiap sesuatu yang kita lakukan mestilah dengan penuh yakin dan yang penting sekali adalah berterusan dan jangan berputus asa.” Demikian antara kata-kata salah seorang penceramah kepada peserta yang hadir.
Antara yang dikongsikan dalam program tersebut adalah pengenalan tentang Ads4bucks, produk-produk Ads4bucks, pelan pemasaran Ads4bucks, dan yang paling utama sekali adalah bagaimana untuk menjana pendapatan dengan modal RM210, tetapi memperolehi pulangan yang lumayan sehingga RM20 ribu sebulan.
Kata kunci yang diberikan adalah TIRU. Dengan hanya meniru semula apa yang mereka lakukan dan kita akan dapat hasilnya. Dengan kata mudah peserta diminta melakukan perkara yang sama untuk mengecapi impian seperti mereka.
Di sesi akhir program tersebut, seorang JUTAWAN Ads4bucks telah diberikan ruang untuk berucap dan berkongsi pengalaman dan kata-kata nasihat kepada peserta. Beliau yang dimaksudkan adalah Sdr. ZulFaisal, juga berasal dari Kuantan. Pendapatan beliau sehari adalah RM7-8 Ribu dan beliau telah menjadi seorang JUTAWAN hanya dalam masa kurang dari 10 bulan sahaja.
Banyak kisah suka duka kehidupan beliau kongsikan bersama peserta. Beliau juga berkongsi bagaimana kehidupan beliau telah berubah apabila menyertai Ads4bucks dan bagaimana beliau menghadapi cabaran demi cabaran sehingga beliau bergelar seorang JUTAWAN dalam usia yang muda.
Sebenarnya, sukar untuk saya tuliskan semua kata-kata hebat JUTAWAN tersebut disini. Sebab itulah anda dipelawa menghadiri ke program tersebut. Anda dengar dan nilai sendiri betapa hebatnya Ads4bucks ini… dan anda akan ditunjukkan cara yang sebenar bagaimana menjana pendapatan sehingga RM20 ribu sebulan dengan hanya bermodalkan RM210 sahaja…
Rujuk flyer disini untuk program Rich Tour di tempat berhampiran anda…
Sekian untuk perkongsian kali ini, semoga ianya bermanfaat untuk anda dan dapat memberikan anda ruang dan peluang untuk bersama-sama saya mencipta kejayaan dalam Ads4bucks… hubungi saya untuk ketahui lebih lanjut tentang Ads4bucks…
Baiklah, sebagai berkongsi dengan anda, saya juga berkesempatan bergambar dengan JUTAWAN Muda Ads4bucks, ZulFaisal…

on May 18th, 2010 at 8:29 am
Just want to say what a great blog you got here!
I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!
Thumbs up, and keep it going!
Cheers
Christian, Satellite Direct Tv
on May 18th, 2010 at 2:17 pm
Dear Christian,
Actually, this is affiliate program… How to make daily income… for more detail, visit our website at http://www.ads4bucks.com
We share, You decided…
on June 29th, 2010 at 1:16 pm
Just to stop by and say good luck
on July 10th, 2010 at 7:45 pm
nak muntah la baca blog u….
panjang sgt mcm baca novel pulak
kasi tips je la
on July 14th, 2010 at 11:08 am
Bro Leman, terima kasih kerana sudi baca blog saya… X sangka pulak boleh temuntah bila baca.. hehe… Insyaallah saya akan perbaiki apa yg kurang… tq