Anda berminat untuk menjalankan Program Ads4bucks… Tetapi anda masih buntu kerana tidak tahu nak buat keputusan… Dan anda tidak yakin dengan Ads4bucks… Jangan Risau dan jangan bimbang… Saya akan bantu anda sehingga anda berjaya… Ikuti ringkasan penyelesaian untuk masalah yang belegar-legar difikiran anda…
=============================================================================
1. Tidak Tahu Minat
Ya, anda tak tahu nak mula kerana tidak tahu apakah jenis perniagaan internet yang menarik minat mereka. Di internet, terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan internet ataupun buat duit di internet. Contohnya, kita boleh menjual produk fizikal seperti baju, buku, minyak wangi di internet.
Bagi produk digital pula, kita boleh menjual ebook, audio, video atau perisaian. Dengan internet juga kita boleh menjual servis kita seperti iklan, seminar, penterjemahan, konsultansi dan lain-lain. Dengan internet juga kita boleh melibatkan diri dengan Ebay, adsense, blogging, affiliate, ebook, dan sebagainya.
Yang penting, pilih yang mana kita minat. Seperti saya, saya suka pemasaran ebook dan juga affiliate kerana ianya mudah, keuntungan lebih tinggi, menjimatkan masa dan kerana saya suka menulis. Jika anda tanya saya, ebook dan affiliate adalah jauh lebih mudah berbanding dengan jenis perniagaan internet yang lain. Jadi, tepuk dada tanya selera. Kenali apakah minat anda? anda boleh memilihnya.
Begitu juga jika anda minat bisnes internet yang lain..Pesanan saya, usah lakukan apa yang anda tiada minat padanya kerana ianya boleh memberi kesan buruk pada anda seperti tidak fokus, tidak bersungguh-sungguh, tiada inisiatif untuk memajukan bisnes anda dan bermacam-macam lagi. Jika anda melakukan sesuatu bisnes kerana minat, kerja anda menjadi mudah dan anda melakukannya dengan ikhlas tanpa dipaksa dan anda suka melakukannya. Ini boleh memberi hasil kerja yang baik dan sudah tentu mampu memberi pulangan yang baik buat anda.
2. Tak Tahu Asas
Minat dah ada, tapi masih tak tahu nak mula. Sebabnya mudah saja. Tak tahu asas. Katakanlah anda minat buat bisnes ebook, tapi anda tak tahu bagaimana buat minisite, domain, hosting, ftp, sales letter, order form dan sistem affiliate. Tu antara penghalang besar untuk memulakan sesuatu bisnes. Sebenarnya, asas sebegitu boleh dipelajari dengan mudah saja. Anda boleh dapatkan mana-mana panduan berbayar atau seacrh yang percuma di internet.
Apapun, nasihat saya cubalah dapatkan panduan asas ini dan mencubanya. Pada peringkat permulaaan memang agak payah, tapi semakin anda mencuba semakin mudah. Begitulah yang saya lalui ketika setahun yang lalu. Cuba dapatkan panduan-panduan asas ini dahulu.
Setelah bisnes anda berkembang kelak, anda tak perlu lakukan perkara-perkara asas ini kerana anda boleh “outsource”nya kepada mereka yang pakar. Nasihat saya, tidak kira apa bidang yang anda ceburi sekalipun, fahami asasnya dahulu bagaimana. Asas yang kuat boleh membina kejayaan yang diimpikan.
3. Tiada Tindakan
Minat dah ada, asas dah ada, tapi tiada tindakan, tiada gunanya. Tahukah anda bahawa sesuatu kejayaan adalah bermula dengan tindakan. Tiada guna jika anda memiliki sebanyak mana ilmu pengetahuan tapi anda tidak mempergunakannya atau tiada tindakan dibuat dengan ilmu yang dimiliki. Seperti juga dalam Islam, tiada guna jika seseorang itu baca AlQuran setiap hari ataupun menjadi tahfiz jika dia tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam AlQuran itu. Ilmu yang terbaik adalah ilmu yang diamalkan. Itu penting.
Biarpun anda tahu sedikit, tapi anda terus praktikkannya. Ianya lebih baik berbanding dengan orang yang tahu banyak tapi satu tindakan tiada dilakukan. Pada awal pembabitan saya ketika dahulu, sedikit saya pelajari terus saja saya praktikkan. Berjaya atau tidak, itu no 2. Jika berjaya, saya akan melompat kepada langkah berikutnya. Jika gagal, saya akan ulangi sekali dua lagi. Jika masih gagal juga, saya akan cuba dapatkan nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman dan pakar. Jadi, ambil tindakan sekarang, bukan esok, bukan lusa. Bak kata orang putih NO PAIN NO GAIN.
4. Takut Untuk Mencuba
Belum cuba dah takut. Tu perkara biasa saya temui dalam Malaysia ini. Belum cuba lagi sudah takut kegagalan, kerugian. Ini antara salah satu sikap kenapa orang kita sukar berjaya. Takut untuk mencuba. Sebagai contoh, pemasaran affiliate yang pendaftarannya percuma tu pun masih ramai yang takut nak mencubanya. Minat-memang minat, dengan tujuan boleh jana income darinya. Tapi takut nak cuba sebab takut kena tipu, takut usaha tak berbaloi, cerita-cerita panas berkenaan SKIM CEPAT KAYA di internet dan sebagainya. Nasihat saya mudah saja.
Cuba anda selidiki dahulu apa jua yang ingin anda ceburi. Dapatkan ilmu mengenainya dahulu.Sekarang banyak juga skim cepat kaya menyelinap masuk ke dalam perniagaan internet. Kebanyakkannya adalah SISTEM MONEY GAME. Jika anda takut, mulakan dengan program affiliate dahulu. Kenapa? Program affiliate boleh dimulakan tanpa modal di mana anda boleh sertai mana -mana affiliate dan melakukan promosi percuma seperti di blog, forum, facebook dan email.
Semakin anda takut dengan bisnes internet, semakin jauh anda dari kejayaannya. Bukan bisnes saja, dalam apa jua perkara anda perlu berani untuk mencuba. Dengan mencuba, insyallah anda akan dapat hasilnya. Samada hasil itu pengalaman yang berharga atau pulangan yang baik. Bak kata orang tua-tua ” JIKA TAK DIPECAHKAN RUYUNGNYA MANAKAN NAK DAPAT SAGUNYA”. Jadi, usah takut mencuba jika anda mahu berjaya. Jika anda nak tahu, jutawan BERANI GAGAL, Billi Lim telah mencuba berkali-kali untuk menjadi jutawan walaupun beliau mengalami perlbagai kegagalan. Dari kegagalan-kegagalan beliau itulah menjadikan beliau semakin berjaya. Belajar dari kegagalan. Sebab itu beliau digelar JUTAWAN BERANI GAGAL.
5. Tiada Model Rujukan
Ya, tiada guru memang agak sukar untuk memulakan sesuatu. Anda tidak tahu siapakah yang patut anda ikuti untuk melakukan bisnes internet ini. Contohnya anda minat bisnes ebook, anda tak tahu untuk ikuti siapa. Jawapannya mudah saja, cuba lihat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Anda minat bisnes ebook, lihat siapakah yang berjaya atau ada nama dalam bidang tersebut.
Anda boleh pelajari darinya samada dari blognya, ebooknya, atau anda boleh sertai seminar atau bengkel yang dianjurkannya. Dengan memiliki pembimbing seperti ini, mudah untuk anda memulakan bisnes internet anda. Saya pun begitu juga dulu. Saya jadikan Dr Irfan Khairi sebagai guru saya dalam perniagaan internet. Saya tak pernah pun pergi seminarnya, atau workshopnya, tapi saya hanya membeli buku-buku dan ebook panduan darinya. Dari situlah saya berguru.
Sekarang ni anda beruntung, ramai guru-guru internet marketing memberikan panduan percuma. Tapi kadang-kadang, walaupun diberikan percuma, masih ramai yang tak hargainya. Jika boleh mereka mahu guru-guru ini duduk di depan mereka ajar mereka sehingga pandai.
Bila dikenakan bayaran sedikit, mereka kata guru itu mata duitan. Orang jenis ini saya berani katakan, takkan berjaya. Jika saya, saya akan BOLAYAN je orang macam ni. Membuang masa berharga saya je. Saya pernah mengajar orang bisnes internet secara percuma, tapi apa yang saya dapat? Mereka tak serius dalam bisnes internet, malahan saya terpaksa keluar kos pula kerana membantu mereka. Cukuplah….
6. Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri
Ramai orang tidak memulakan bisnes internet ini sebab tiada keyakinan diri yang kuat. Tanpa keyakinan, sudah pasti kejayaan sukar diperolehi. Dengan sendiri tak yakin, bagaimana mampu merubah hidup. Dalam apa jua pekerjaan yang anda ingin lakukan, semuanya perlukan keyakinan. Sebagai contoh, seorang jurutera yang tiada keyakinan untuk merekabentuk bangunan pasti akan menghasilkan kerja yang tidak selamat dan berisiko. Seorang guru pula, jika tidak yakin dengan apa yang diajarkannya, akan menimbulkan keraguan kepada pelajarnya. Lagi, jika seseorang Muslim itu ingin beribadah kepada Allah, beliau perlu YAKIN dengan ibadahnya. Iaitu ibadahnya pasti dilihat Allah dan diberikan ganjaran yang baik. Jika beliau tidak yakin, pasti ibadahnya tidak sempurna dan tidak kusyuk. Oleh sebab itu, dalam apa jua pekerjaan, yakinlah pada diri sendiri.
Dengan keyakinan yang kuat, hasil kerja yang baik dapat dibuat. Dan kejayaan akan mudah diperolehi. Itulah kekuatan KEYAKINAN DIRI. Sukar untuk mendapatkan keyakinan diri? Mulakan sesuatu pekerjaan dengan bacaan Bismillah (bagi yang muslim), tetapkan matlamat, dan percaya anda boleh lakukannya. Anda juga boleh dengar lagu FIKIRKAN BOLEH untuk menaikkan keyakinan anda.
7. Tiada Matlamat
Ramai ingin menceburi bidang perniagaan internet, tapi tiada matlamat. Tanpa matlamat, perjalanan bisnes anda seperti tiada arah tuju. Dengan menetapkan MATLAMAT ini, saya amat yakin sesiapapun boleh maju dengan cepat perniagaannya. Akan tetapi, dengan hanya matlamat tanpa usaha yang betul untuk mencapai matlamat tersebut, sudah pasti matlamat tersebut sukar dicapai.
Maka tidak hairanlah ada yang berkata “Aku target dapat RM2000 bila aku jual ebook, tapi nak dapat RM200 pun payah..” Selain itu juga, pastikan juga matlamat anda realistik dengan keupayaan anda. Ukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.
Lihat kemampuan dan ilmu pengetahuan yang anda miliki terlebih dahulu. Adakah anda memiliki kemampuan sebenar untuk mencapai matlamat anda itu? Takkanlah anda baru saja menceburi perniagaan internet meletakkan sasaran RM30 ribu sebulan, dengan tiadanya ilmu dan pengalaman. Sudah tentu agak musatahil untuk mencapai sasaran tersebut.. Letakkan matlamat anda sedikit demi sedikit, bulan demi bulan…tingkatkan matlamat anda untuk mencapai lebih dari yang telah anda perolehi.
===============================================================================
Kepada anda yang masih tercari-cari perniagaan internet yang memberikan anda keuntungan yang lumayan… Program Ads4bucks lah jawapannya…
*Artikel ini telah diubahsuai dan diambil dari Blog Jamal